Sunday, June 17, 2007

Harga tiket feri ke Langkawi naik lagi????

Surcaj RM2 Khidmat Feri Langkawi - Petikan Utusan Malaysia Online, 17 Jun 2007

ALOR STAR 16 Jun – Surcaj sebanyak RM2 mulai hari ini dikenakan untuk perkhidmatan feri dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi dan sebaliknya atas alasan pengusaha bagi menampung kos berikutan kenaikan harga diesel baru-baru ini.


Pandangan Aku

Aku ni terpaksa naik feri untuk balik kg. sbb kg aku kt langkawi tu. kalo camni nyer arga tiket, lg susah la aku nk balik... sian family aku. Sebagai penduduk langkawi, aku rasa x patut kalo harga tiket dinaikkan. Pasai pa aku ckap cam tu? Ni antara sbab musabab nya:

  1. Perkhidmatan yg xbest dari segi layanan dan kemudahan yg disediakan.
  2. Kerusi yg disediakan lebih sempit dari kerusi dlm bas ekspress kelas ekonomi. Bayangkan la, kerusi tu hanya selesa diduduki oleh penumpang kanak2 or girl2 yg jaga bdn. sempit giler. satu row ada 4-5 seat. tp, kalo penumpang dewasa saiz normal duduk, hnya muat tuk 3-4 org je.
  3. Krew2 feri hanya tau periksa tiket, arah penumpang duduk ikut tiket. Kalo emergency, diorg sendiri pun panik. Camne nk arah penumpang supaya xpanik. ---> aku rasa kerajaan patut wajibkn krew2 feri diberi latihan seperti pramugara, pramugari. Siap ada training ngan test lg b4 bdibenarkan bertugas.
  4. Suasana dalam feri yang sempit, bising dan tidak selesa. Kalo time puncak cam cuti sekolah dan cuti perayaan, feri slalu penuh. time nie la kita bolei tgk keadaan feri yg sebenar. mcm tin sardin. mmg sesak giler. nk gerak skit pun susah.
  5. Bunyi enjin yang terlalu kuat. --> aku xkisah sgt la sbb xlai nk buat ape.
  6. Penumpang tidak dibenarkan ambil angin di dek santai. duduk je atas kerusi yg sempit tu dalam suasana yg tertutup. ---> yang ni aku tensen sgt. Dulu blei je lpak2 kt dek santai samada di delan feri atau di atas bahagian luar feri.
Banyak lg la benda yg aku xpuas hati ngan feri yg disediakan skrg. Teringat aku kt feri2 tahun 1997 time guna feri besar. walaupun perjalanan ambik masa 1jam 45 min, tapi xterasa sgt. leh lepak2 ambik angin kt luar feri. terasa cam naik kapal persiaran je. Kalo syarikat feri skrg guna feri camtu, aku xkisah walaupun byr RM20 - 25. Puas hati.....

Aku rasa nnt aku nk ambik gmbar suasana dlm feri nie. biar semua org buka mata tntang perkhidmatan feri yg ditawarkan skrg. Nama je Pulau Pelancongan. tp, perkhidmatan ferinya xmcm klas ekonomi apatah lagi klas bisnes....

2 comments:

Anonymous said...

haiiiii....
nak wat camne....
time je la....
sekrg nie gule pun dah mhl...
inikan tiket feri...
hehehehe...

yzd said...

rimas aku rimas...